Saturday, April 26, 2014

Kasanova

Seorang kasanova adalah seorang lelaki yang mempunyai ramai wanita. Mempunyai hubungan dengan ramai perempuan pada satu-satu masa atau saling bertukar pasangan macam tukar baju. Tapi pernah tak orang terfikir, setiap kejadian ada hikmahnya. Bukankah itu takdir yang menentukan? Sampai mana seorang lelaki itu sanggup menjadi seorang kasanova? Apakah yang dicari dalam dirinya? Aku tak tahu samada apa yangaku lakukan ini adalah salah, dan aku tak rasa perbuatan aku itu bercanggah dengan prinsip aku.
            Kenapa aku sanggup menjadi seorang lelaki hidung belang? Adakah aku tak puas dengan seorang wanita sahaja? Ataupun memang sifat aku dilahirkan begini? Bagaimana jika satu hari nanti ada orang cuba memporak-perandakan hidup aku?  Boleh tak aku bertahan sehingga ke hujungnya? Aku cukup tertarik dengan satu quote ni, “live life to the fullest”. Aku cuba mencari maknanya, dan akhirnya menjadikan aku seorang yang hidup menggunakan semua resource yang ada. Untuk apa? Untuk mengecapi sesuatu yang aku tak inginkan. Tetapi bukankah aku perlu berpegang pada prinsip sendiri? Setiap yang aku lakukan, mesti ada tujuan.
            Seperti memandu kereta, tujuan kau adalah untuk sampai ke destinasi yang ditetapkan dengan selamat dan tepat pada masanya, tidak kira samada ditetapkan oleh kau sendiri, penumpang kereta tersebut, ataupun dari arahan luar seperti GPS. Itu adalah visi kau, dan misi kau pula adalah untuk memastikan perjalanan selamat, tidak mengalami gangguan seperti habis minyak, kereta rosak, tayar pancit, dan sebagainya yang mana boleh mengganggu visi kau iaitu sampai ke destinasi, dengan selamat dan tepat pada masanya.
            Tapi lumrah hidup manusia, kita tidak dapat mengagak apa yang akan berlaku di pertengahan jalan. Sehebat mana pun perancangan kita, akan ada satu kuasa mutlak yang mampu mengubah setiap output yang kita inginkan. Walaupun manusia ini tidak pernah gagal dalam merancang, tapi bila tiba masa untuk melaksanakannya, akan ada juga benda-benda luaran yang kita tidak sedar, mampu menjadi satu ancaman kepada kita.
            Aku selalu termenung, mengenangkan haluan hidup yang aku cari selama ini. Pada masa yang sama, aku selalu bertanya pada diri aku, betul kah semua tindakan yang aku buat? Hidup ini semuanya bergantung kepada pilihan. Selalunya kita akan jumpa simpang dalam hidup kita, tidak kira simpang besar atau simpang kecil, dan ada simpang yang boleh tembus balik ke jalan yang engkau nak, dan ada juga simpang yang tak membenarkan kau berpatah balik dan kembali ke jalan yang kau inginkan.
            Cuba kau bayangkan, hidup ini umpama kau berada di atas jalan raya dengan constant speed. Kau tak dapat brek, dan kau perlu membuat keputusan simpang mana yang perlu kau ikut. Ada jalan yang kau tahu, dan ada jalan yang kau tak tahu. Dan setiap simpang yang kau pilih, membawa kepada kemusnahan simpang yang lain yang kau tak pilih. Kenapa? Kerana, saat kau pilih jalan kau, kau meranapkan jalan yang satu lagi, kau tidak mampu tahu apa yang berlaku jika kau pilih jalan yang satu lagi. Sekarang, berapa banyak jalan yang betul kau dah musnahkan, dan berapa banyak jalan yang salah dah kau pilih?

            Kita tak mampu menjawab setiap satu soalah tersebut kerana kita sendiri tidak tahu apa kesannya terhadap pilihan kita sehingga kita mengalaminya atau sehingga kita menemui jalan mati. Sampai sekarang aku masih cuba mencari jalan yang betul. Walaupun aku sendiri tak tahu apa itu jalan yang betul. 

Saturday, April 12, 2014

Bas Magik


Aku bergegas ke bus stop Kolej Burhanuddin Helmi. Jam menunjukkan pkul 12.05 tengah malam. 

"Ah, komfem dah kene tinggal bas last ni."Aku mengeluarkan fon aku dari poket seluar sebelah kiri dan segera mencari nombor member yang boleh tolong hantar aku balik kolej. Sedang aku skrol-skrol contact list aku, angin dingin menjalar tanganku. Kesejukan yang dh lama aku tak rasa akibat kemarau yang lepas. Kemarau yg membuatkan ramai student tension. 


Yelah, air dicatu, nak berak pun susah. Ada yang cakap ini semua mainan politik. Tapi ada juga yang menafikannya dan mengatakan inilah bala akibat tindakan rakyat Malaysia yang lupa kepada Nya. Lepas ada air dan hujan pun turun dengan lebatnya, takde pulak buat majlis kesyukuran. Huh, manusia mmg cari Tuhan bila susah je. Aku? Tergolonglah.

Sedang aku cuba mendail nombo Razi, aku terdengar ngauman enjin dan kelihatan samar-samar lampu dari celahan pokok renek yang ditanam sepanjang susur gajah d UKM ni. Aku boleh nampak susuk kotak besar disinari cahaya bulan mengambang menghampiri posisi aku.


Ah, bas! Akhirnya. Aku cepat-cepat berdiri dan melambai-lambai untuk tahan bas tersebut. Bas berhenti betul-betul depan aku. Angin dingin sekali lagi menerpa ke arahku. Garang. Brrrrr. Aku menggigil kecil.

"Bang, pergi Kolej Kris Mas tak?"

"Haa, bas ni berhenti kat situ last nanti. Naiklah. Tu pun kalau sanggup." Sanggup? Aku memang kne balik kolej jugak. Assignment aku berlambak lagi nk buat. Aku malas fikir panjang terus melangkah masuk. Aku terus duduk di kerusi paling hadapan. Bas ni kosong tapi ada sorang pakcik duduk belakang pemandu. 

"Kawan dia kot." Detik hatiku. Bas itu melalui jalan menuju ke Dectar dan berhenti di betul-betul di depan gong besar itu. Pintunya dibuka. Dan selepas 15 saat ditutup balik.

Aku hairan, takda sapa pun masuk. Apa driver ni kentut ke sampai kene bukak pintu bas. Tapi takda pun aku tercium apa-apa kecuali bau wangi bunga yang masuk bersama angin dingin malam itu.

Bas meneruskan lagi perjalanan, aku sambil-sambil mata aku melilau melalui tingkap bas, aku skrol timeline twitter aku. Bangangla sapa share gambar hantu malam-malam buta ni. Sampai depan bus stop Kolej Rahim Kajai, bas berhenti sekali lagi dan pintunya dibuka lagi.

"Eh, bang, saya turun kat Kris Mas, bukan kajai." Driver bas melihatku melalui cermin pandang belakang dan meletakkan jarinya di mulut, isyarat senyap. 

Aku pun terdiam dan blur skejap. Abang ni kentut lagi ke? Kepala bana dia duk kentut je dalam bas.


Pintu bas ditutup dan bas pun bergerak. Ngauman enjin semakin kuat dan bas seolah-olah mcm bawak full house je. Macam aku selalu naik nak pergi kelas pukul 8 masa first year dulu. Macam bawak muatan penuh! Huh bas uzur pun kenapa la tak repair ke tukar baru ke!


Sampai je depan bus stop Kolej Ibu Zain, bas berhenti. Lagi.

"Bang, saya berhenti kat Kris Mas bang, bukan Kolej Ibu Zain!" Pekik aku. Aku banyak kerja nak buat. Jam dah pukul 12.40 tengah malam. Punya lama perjalanan nak pergi kolej aku padahal kalau straight je tak sampai 10 minit.

Abang driver tak menyahut langsung dan lepas pintu bas ditutup bas terus meluncur ke arah Kris Mas. Eh, laju pulak bas ni, takde pulak mengaum-ngaum macam tadi padahal tengah naik bukit. Aku menoleh ke arah tempat duduk belakang dan terlihat macam ramai je orang kat bus stop Kolej Ibu Zain tadi. Pelik, tadi kosong kot. Sape pulak tu?


Akhirnya sampai jugak kat kolej aku. Jam menunjukkan pukul 12.45 malam. Aku turun dari bas. Abang driver pun turun jugak.

"Dik, sini jap. Mesti ko pelik kenapa bas berhenti banyak kali padahal takde orang pun kan?"

"Itulah pasal bang, saya ingat straight je sampai kolej ni sebab dah takde orang."

"Haha, abg buka pintu bukan untuk kau, tapi untuk bagi diorang masuk. Diorang semua turun kt Ibu Zain tadi."

DIORANG??????? SAPAA??????

"Ko nampak kan pakcik tadi tu? Mana dia sekarang? Nampak lagi tak? Hahaha" Gelak pulak orang tua ni. Aku dah meremang bulu roma ni.

"Ala rileksla. Setiap sebulan mesti ade sekali ritual ni. Kadang-kadang pukul 3 pagi, kadang-kadang pukul 1 pagi. Untunglah kau dapat naik bas magik ni." Kepala bana dia untung.

Tak tido malam lagi aku malam ni. Teringat kisah yang berlaku bulan lepas tu. Pukul 4 pagi semalam ada bas berpatah balik kat Kris Mas. Ntahla aku je kot yang perasan.

KumaRubit

Cerita si Kuma Rubit.

"Nuar gaduh dengan pompuan puaka tu woi." Jerit member aku. Suasana prep petang menjadi riuh-rendah apabila bunyi teriakan seorang perempuan dengan aksinya lagak ahli wrestling WWF membawa kerusi mengejar Nuar dan membaling kerusi ke arahnya.

"Celaka punya laki! Sial kau! Dahla dagu panjang. Muka macam kacang! Kau cakap bapak aku bapak ayam. Sial kau!" Marah benar bunyi perempuan puaka tu memarahi si Nuar. Memanglah marah benar, dah memang benar dia marah. 

"Kau tu KUMARUBIT! Sial! Padan muka mata lebam kena tumbuk! Kau yang mula dulu! Bikin panas bodoh! KUMARUBIT" Nuar memaki hamun perempuan puaka tersebut dan mengakhiri makiannya dengan perkataan kuma rubit. Budak-budak lain cuma memerhati kejadian itu melalui celahan celahan tingkap. Ada jugak melalui celahan kangkang member sebab pintu bilik darjah penuh dengan budak-budak yang ingin menyaksikan pergaduhan epik itu. 

Aku yang duduk tepi tingkap memang nampak jelas dengan mata aku yang rabun-rabun kucing kejadian itu dan aku perasan perkataan kuma rubit itu diulang-ulang oleh si Nuar. 

Lepas kejadian tu, si Kuma Rubit tu pun pindah sekolah, dan Nuar tak ada musuh ketat lagi selain budak-budak baru nak up aka junior samseng taik kucing.

Nuar tu senior dua tahun dari aku. Kira kitorang budak-budak junior tak berani masuk campur hal senior ni. Takut woi, kang setiap malam kena suruh isi air dalam botol, sapu bilik, dan cuci baju senior. Kalau nasib baik sikit, kau kena tumbuk atau terajang.

Masa kejadian tu berlaku, aku terfikir-fikir apa benda kuma rubit tu. Macam perkataan India pun ada jugak. Lama aku pendam, dan satu hari yang indah, aku tanya member aku yang agak rapat dengan batch Nuar tu.

"Muka burit." jawabnya ringkas. Aku ketawa terbahak-bahak sambil menyumpah riang tatkala cuba membayangkan muka dia berbentuk burit. Woi, burit tu punggunglah dalam bahasa aku, bahasa Sarawak. Cuba kau bayangkan muka punggung. Memang patutlah perempuan tu baling kerusi kat Anwar. Marah benar dia hari tu.