Aku bergegas ke bus stop Kolej Burhanuddin Helmi. Jam menunjukkan pkul 12.05 tengah malam.
"Ah, komfem dah kene tinggal bas last ni."Aku mengeluarkan fon aku dari poket seluar sebelah kiri dan segera mencari nombor member yang boleh tolong hantar aku balik kolej. Sedang aku skrol-skrol contact list aku, angin dingin menjalar tanganku. Kesejukan yang dh lama aku tak rasa akibat kemarau yang lepas. Kemarau yg membuatkan ramai student tension.
Yelah, air dicatu, nak berak pun susah. Ada yang cakap ini semua mainan politik. Tapi ada juga yang menafikannya dan mengatakan inilah bala akibat tindakan rakyat Malaysia yang lupa kepada Nya. Lepas ada air dan hujan pun turun dengan lebatnya, takde pulak buat majlis kesyukuran. Huh, manusia mmg cari Tuhan bila susah je. Aku? Tergolonglah.
Sedang aku cuba mendail nombo Razi, aku terdengar ngauman enjin dan kelihatan samar-samar lampu dari celahan pokok renek yang ditanam sepanjang susur gajah d UKM ni. Aku boleh nampak susuk kotak besar disinari cahaya bulan mengambang menghampiri posisi aku.
Ah, bas! Akhirnya. Aku cepat-cepat berdiri dan melambai-lambai untuk tahan bas tersebut. Bas berhenti betul-betul depan aku. Angin dingin sekali lagi menerpa ke arahku. Garang. Brrrrr. Aku menggigil kecil.
"Bang, pergi Kolej Kris Mas tak?"
"Haa, bas ni berhenti kat situ last nanti. Naiklah. Tu pun kalau sanggup." Sanggup? Aku memang kne balik kolej jugak. Assignment aku berlambak lagi nk buat. Aku malas fikir panjang terus melangkah masuk. Aku terus duduk di kerusi paling hadapan. Bas ni kosong tapi ada sorang pakcik duduk belakang pemandu.
"Kawan dia kot." Detik hatiku. Bas itu melalui jalan menuju ke Dectar dan berhenti di betul-betul di depan gong besar itu. Pintunya dibuka. Dan selepas 15 saat ditutup balik.
Aku hairan, takda sapa pun masuk. Apa driver ni kentut ke sampai kene bukak pintu bas. Tapi takda pun aku tercium apa-apa kecuali bau wangi bunga yang masuk bersama angin dingin malam itu.
Bas meneruskan lagi perjalanan, aku sambil-sambil mata aku melilau melalui tingkap bas, aku skrol timeline twitter aku. Bangangla sapa share gambar hantu malam-malam buta ni. Sampai depan bus stop Kolej Rahim Kajai, bas berhenti sekali lagi dan pintunya dibuka lagi.
"Eh, bang, saya turun kat Kris Mas, bukan kajai." Driver bas melihatku melalui cermin pandang belakang dan meletakkan jarinya di mulut, isyarat senyap.
Aku pun terdiam dan blur skejap. Abang ni kentut lagi ke? Kepala bana dia duk kentut je dalam bas.
Pintu bas ditutup dan bas pun bergerak. Ngauman enjin semakin kuat dan bas seolah-olah mcm bawak full house je. Macam aku selalu naik nak pergi kelas pukul 8 masa first year dulu. Macam bawak muatan penuh! Huh bas uzur pun kenapa la tak repair ke tukar baru ke!
Sampai je depan bus stop Kolej Ibu Zain, bas berhenti. Lagi.
"Bang, saya berhenti kat Kris Mas bang, bukan Kolej Ibu Zain!" Pekik aku. Aku banyak kerja nak buat. Jam dah pukul 12.40 tengah malam. Punya lama perjalanan nak pergi kolej aku padahal kalau straight je tak sampai 10 minit.
Abang driver tak menyahut langsung dan lepas pintu bas ditutup bas terus meluncur ke arah Kris Mas. Eh, laju pulak bas ni, takde pulak mengaum-ngaum macam tadi padahal tengah naik bukit. Aku menoleh ke arah tempat duduk belakang dan terlihat macam ramai je orang kat bus stop Kolej Ibu Zain tadi. Pelik, tadi kosong kot. Sape pulak tu?
Akhirnya sampai jugak kat kolej aku. Jam menunjukkan pukul 12.45 malam. Aku turun dari bas. Abang driver pun turun jugak.
"Dik, sini jap. Mesti ko pelik kenapa bas berhenti banyak kali padahal takde orang pun kan?"
"Itulah pasal bang, saya ingat straight je sampai kolej ni sebab dah takde orang."
"Haha, abg buka pintu bukan untuk kau, tapi untuk bagi diorang masuk. Diorang semua turun kt Ibu Zain tadi."
DIORANG??????? SAPAA??????
"Ko nampak kan pakcik tadi tu? Mana dia sekarang? Nampak lagi tak? Hahaha" Gelak pulak orang tua ni. Aku dah meremang bulu roma ni.
"Ala rileksla. Setiap sebulan mesti ade sekali ritual ni. Kadang-kadang pukul 3 pagi, kadang-kadang pukul 1 pagi. Untunglah kau dapat naik bas magik ni." Kepala bana dia untung.
Tak tido malam lagi aku malam ni. Teringat kisah yang berlaku bulan lepas tu. Pukul 4 pagi semalam ada bas berpatah balik kat Kris Mas. Ntahla aku je kot yang perasan.
No comments:
Post a Comment