Saturday, April 26, 2014

Kasanova

Seorang kasanova adalah seorang lelaki yang mempunyai ramai wanita. Mempunyai hubungan dengan ramai perempuan pada satu-satu masa atau saling bertukar pasangan macam tukar baju. Tapi pernah tak orang terfikir, setiap kejadian ada hikmahnya. Bukankah itu takdir yang menentukan? Sampai mana seorang lelaki itu sanggup menjadi seorang kasanova? Apakah yang dicari dalam dirinya? Aku tak tahu samada apa yangaku lakukan ini adalah salah, dan aku tak rasa perbuatan aku itu bercanggah dengan prinsip aku.
            Kenapa aku sanggup menjadi seorang lelaki hidung belang? Adakah aku tak puas dengan seorang wanita sahaja? Ataupun memang sifat aku dilahirkan begini? Bagaimana jika satu hari nanti ada orang cuba memporak-perandakan hidup aku?  Boleh tak aku bertahan sehingga ke hujungnya? Aku cukup tertarik dengan satu quote ni, “live life to the fullest”. Aku cuba mencari maknanya, dan akhirnya menjadikan aku seorang yang hidup menggunakan semua resource yang ada. Untuk apa? Untuk mengecapi sesuatu yang aku tak inginkan. Tetapi bukankah aku perlu berpegang pada prinsip sendiri? Setiap yang aku lakukan, mesti ada tujuan.
            Seperti memandu kereta, tujuan kau adalah untuk sampai ke destinasi yang ditetapkan dengan selamat dan tepat pada masanya, tidak kira samada ditetapkan oleh kau sendiri, penumpang kereta tersebut, ataupun dari arahan luar seperti GPS. Itu adalah visi kau, dan misi kau pula adalah untuk memastikan perjalanan selamat, tidak mengalami gangguan seperti habis minyak, kereta rosak, tayar pancit, dan sebagainya yang mana boleh mengganggu visi kau iaitu sampai ke destinasi, dengan selamat dan tepat pada masanya.
            Tapi lumrah hidup manusia, kita tidak dapat mengagak apa yang akan berlaku di pertengahan jalan. Sehebat mana pun perancangan kita, akan ada satu kuasa mutlak yang mampu mengubah setiap output yang kita inginkan. Walaupun manusia ini tidak pernah gagal dalam merancang, tapi bila tiba masa untuk melaksanakannya, akan ada juga benda-benda luaran yang kita tidak sedar, mampu menjadi satu ancaman kepada kita.
            Aku selalu termenung, mengenangkan haluan hidup yang aku cari selama ini. Pada masa yang sama, aku selalu bertanya pada diri aku, betul kah semua tindakan yang aku buat? Hidup ini semuanya bergantung kepada pilihan. Selalunya kita akan jumpa simpang dalam hidup kita, tidak kira simpang besar atau simpang kecil, dan ada simpang yang boleh tembus balik ke jalan yang engkau nak, dan ada juga simpang yang tak membenarkan kau berpatah balik dan kembali ke jalan yang kau inginkan.
            Cuba kau bayangkan, hidup ini umpama kau berada di atas jalan raya dengan constant speed. Kau tak dapat brek, dan kau perlu membuat keputusan simpang mana yang perlu kau ikut. Ada jalan yang kau tahu, dan ada jalan yang kau tak tahu. Dan setiap simpang yang kau pilih, membawa kepada kemusnahan simpang yang lain yang kau tak pilih. Kenapa? Kerana, saat kau pilih jalan kau, kau meranapkan jalan yang satu lagi, kau tidak mampu tahu apa yang berlaku jika kau pilih jalan yang satu lagi. Sekarang, berapa banyak jalan yang betul kau dah musnahkan, dan berapa banyak jalan yang salah dah kau pilih?

            Kita tak mampu menjawab setiap satu soalah tersebut kerana kita sendiri tidak tahu apa kesannya terhadap pilihan kita sehingga kita mengalaminya atau sehingga kita menemui jalan mati. Sampai sekarang aku masih cuba mencari jalan yang betul. Walaupun aku sendiri tak tahu apa itu jalan yang betul. 

No comments:

Post a Comment